Sabtu, 8 Januari 2011

Selongkar Foto


Kevin Carter, seorang fotografi terkenal telah berangkat ke Sudan dengan niat untuk mengambil foto berkaitan pemberontakan yang sedang berlaku. Namun setelah sampai di sana, keadaan mangsa-mangsa korban lebih menarik minat beliau. Sedang dalam perjalanan, beliau terjumpa seorang budak perempuan yang sedang merangkak kesusahan menuju ke pusat bantuan makanan. Budak kecil itu berhenti seketika bagi mengumpul energinya. Dalam pada masa yang sama, seekor burung hering hadir dan menunggu budak itu agar boleh dijadikan mangsanya. Foto ini berjaya dirakamkan oleh Kevin Carter dan pertamanya dimuatkan di dalam New York Times. Lantas dari itu, reaksi dan suara keras timbul mengkritik tindakan Carter yang tidak menolong budak perempuan itu. Carter telah menjelaskan yang beliau telah bertindak menghalang burung hering tersebut dari kawasan itu, namun beliau tidak menolong budak kecil itu kerana norma atau perjanjian photographer yang tidak boleh masuk campur  dalam konflik –konflik yang sedang berlaku. Kontroversi terus melanda Carter biar pun dia sebenarnya menerima penghargaan Pulitzer atas karyanya ini. Pada 27 Julai 1994, berita mengejutkan masyarakat apabila Carter ditemui mati akibat tindakannya membunuh diri dengan mengalirkan gas Karbon Monoksida (CO) dari ekzos kereta ke ruangan biliknya. Carter  meninggalkan catatan yang menyatakan bahawa beliau menyesal dan berasa begitu sedih kerana tidak membantu budak kecil yang ditemui itu, selain tertekan dengan hutang dan amat sedih dengan kematian sahabat baiknya yang telah mati tertembak. Beliau pergi pada usia 33 tahun.

Disusun semula oleh : Hajar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan