Isnin, 25 April 2011

Perbincangan Case Study II : The Horrible DPI Mistake Part II

Salam semua..tengah sibuk study ye semua.
Jom kita teruskan perbincangan berkenaan Case Study : The Horrible DPI Mistake.

Sambungan :
Justeru, kembali kepada permasalahan yang wujud dalam case study ini. Kedai print tersebut meminta pelanggan untuk menukar imejmya ke 300dpi. Apa sebenarnya yang diperlukan oleh kedai cetak ini?

“What they are really asking for is a photo that will print at certain paper dimension in inches at 300 pixels per inch (PPI)”. 

Jadinya, kalau kita tengok kat sini, sebenarnya apa yang dikehendaki oleh kedai tu sepatutnya DPI bukan PPI. Perkara ini berlaku kerana ramai yang keliru tentang DPI dan PPI.

Jika memang perlu untuk menukar saiz sesuatu imej itu, jangan tukar DPInya, tetapi tukarlah pixelsnya. 

Tapi jika betul-betul perlu tukar DPI pada imej yang tertentu, ada cara nak lakukannya. 

Langkah ini dilakukan bagi menukar DPI imej itu tanpa mengubah saiz (pixel) asalnya.
Bagaimana caranya? Salah satunya adalah dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop.

Buka mana-mana imej di Adobe Photoshop. File> Open > Image > Image Size.


Uncheck kotak Resample Image seperti yang ditunjukkan di atas.

Saya berikan contoh untuk proses ini.

 
Gambar 1 : Saya buka imej ini di Adobe Photoshop. Detail imej ini seperti di bawah. 
Detail bagi Gambar 1.



Apa jadi sekiranya saya tingkatkan DPInya menjadi 300 dan pada masa yang sama, kotak resample itu saya unchecked?

Hasilnya: 

DPI gambar 1 menjadi 300 dpi, tetapi saiz asalnya tidak berubah sama sekali.

Apa akan jadi sekiranya saya tingkatkan imej gambar 1, tetapi kotak resample saya TIDAK unchecked?
Hasilnya : 

Cuba lihat pada Pixel Dimension di atas. Saiz Gambar 1 akan terubah sama sekali sekiranya kotak resample tidak diunchecked.


Sebagai kesimpulan,

-Samaada DPI atau PPI, kedua-duanya tidak mengubah kualiti pada digital photo.  Faktor yang menjadi penyumbang kepada kualiti imej boleh dirujuk pada Perbincangan Case Study Part I. 

-Istilah DPI digunakan khusus untuk cetakan photo/imej. (bergantung juga pada nilai yang disupport oleh pencetak). 

-Istilah PPI pula digunakan khusus untuk paparan imej melalui skrin komputer. 72  adalah memadai untuk paparan di skrin komputer.

-Sekiranya ingin menambah DPI imej, pastikan JANGAN RESAMPLED kerana ianya akan mengubah saiz (pixel/inci) ke saiz yang baru. Jadi UNCHECKED resample image box. 

-Kedai-kedai printer juga perlu memastikan pencetak mereka up to date, terutama dari sudut resolution yang disupport.

-Dua teori penting berkenaan DPI (resolution untuk cetakan).

i)                    “ When a picture has more dots than the display device can support, those dots are wasted. (600dpi imej boleh dicetak pada 300dpi printer).

ii)                  “ When picture has fewer dots than the display device can support, the picture may not be as clear or sharp”. (72 dpi imej tetap boleh diprint pada 300dpi printer, tetapi hasilnya tidak begitu cantik atau tajam).


Khamis, 21 April 2011

Tugasan 2 &3 : 6 Manipulation Images & Book Cover

Salam semua..
Alhamdulillah, Rabu minggu lepas, selesai juga semua pembentangan tugasan 2 & 3 ni. Tak dinafikan, semua hebat-hebat belaka. Hebat hebat hebat...Saya? biasa-biasa saja  (^_^).
Banyak betul belajar benda baru hasil dari  tugasan 2 dan 3 ni.
Dari tak tau, jadi tau. Explorasi semasa menyiapkan tugasan ini menjadi perkara yang sangat bernilai pada saya. Semestinya hasiln saya tidak sehebat kawan-kawan yang lain, tapi apa yang saya dapat pelajari itu sudah cukup membuatkan saya gembira. (^_^).
Seronok buat photoshop ni. Belajar untuk jadi kreatif pun ye..
Berbanyak terima kasih pada Prof atas ajaran dan didikan yang diberikan.
Buat kawan-kawan yang membantu secara langsung juga tidak langsung, saya juga ucapkan ribuan terima kasih. 


Justeru, inilah hasil imej manipulasi yang telah berjaya saya hasilkan. 







Cantik tak? hik2.
Ada sebarang komen atau kritikan membina? Jangan segan silu untuk nyatakan (^_^)~

Rabu, 6 April 2011

Perbincangan Case Study II : The Horrible DPI Mistake Part 1

Case Study 2:
Ini senario yang diberikan - "A print shop/graphics designer/magazine asks a client for a photo at 300 dpi. They wish to print it out 7" x 5". The client already has a beautiful digital photo with pixel dimension of 2048 x 1536. The client notices that the photo editing software is showing that the photo is set to 72 dpi. So, following orders, the client types in 300 to reset the dpi to 300. In doing so the image is resampled and is enlarged over 4 times to pixel dimensions of 8533 x 6400. The client sends this enlarged 300 dpi photo. The print shop/graphics designer/magazine rejects it (too grainy, too colour blotched). The client is crushed.

The sad thing is that the client already had the perfect photo (2048 x 1536 @ 72 dpi) which would have been beautifully printed at 7" x 5" ( at 292.6 PPI). The print shop / graphics designer /magazine didn't know what they really wanted. - READ WHAT PRINT SHOP REALLY WANT and the client didn't know how to change the DPI without resizing the image to give the print shop what they mistakenly think they need - READ HOW TO CHANGE THE DPI".

"Hmm..kalau saya pun bengang..haha.."

Ok,ayuh kita bincangkan bersama akan perkara ini.. 

Apa itu resolution?
Resolution ni sebenarnya merujuk kepada titik-titik kecil dakwat, atau piksel yang membina sesuatu gambar, samada ianya pada paparan pada skrin komputer, ataupun pada gambar yang telah dicetak.
DPI adalah singkatan bagi istilah dots per inch. Istilah dpi ini juga sangat familiar dengan printer, scanner atau digital camera yang mana resolution pada ketiga-ketiga barang ini turut dipanggil DPI.

Apa nama lain selain dots?
Ada juga istilah lain yang digunakan untuk mewakili resolusi. Antaranya:
  1. PPI iaitu pixel per inch
  2. SPI iaitu sampel per inch
  3. LPI iaitu Lines per inch
Dalam case study yang diberikan oleh Dr, ianya cuba membawa kita untuk memahami resolution dalam konteks dots. 

  • Samada gambar dicetak atau dipaparkan pada skrin komputer, gambar tersebut sebenarnya terbina dari titik-titik yang halus dan kecil.
  • Terdapat dots yang berwarna, dan terdapat juga dots yang berwarna hitam sahaja. Dalam cetakan warna hitam putih, saiz dan bentuk dots hitam itu, juga karak di antara setiap satu dots hitam itu, akan menghasilkan kabur.
  • Lebih banyak dot-dot kecil yang terlibat dalam satu ruang, lebih jelas gambar tersebut.
  • Lebih banyak dot-dot dalam sesuatu gambar, lebih besar saiz failnya.
  • Resolusi diukur dengan jumlah dots pada menegak atau melintang pada sesuatu gambar itu.
  • Setiap pekakas seperti scanner, digital camera, printer, atau monitor komputer, ianya mempunyai jumlah dots yang maximum, dan mampu untuk proses atau memaparkan sesuatu gambar tanpa mengambil kira berapa banyak dots yang terdapat dalam gambar tersebut.
 
Daripada case study ini juga, ada diberikan 2 contoh sistuasi berkaitan DPI.

Contoh pertama:

Seorang photographer ada 300dpi laser printer. Dia scan gambar yang dia ada dengan dua jenis dpi. Gambar pertama dia print dengan 300 dpi. Gambar kedua dia print dengan 600 dpi. Adakah hasil gambar yang discan adalah sama atau berbeza?

Jawapannya SAMA. Ianya berpegang kepada teori “When a picture has more dots than the display device can support, those dots are wasted. They increased the file size, but don’t improve the printing or display of the picture. The resolution is too high for that device”.

Contoh kedua: gambar pada web selalunya mempunyai 72dpi, kerana resolution tersebut adalah biasa untuk paparan pada monitor komputer. Jika gambar tersebut dicetak menggunakan 600dpi printer,apa akan jadi pada gambar tersebut?

Jawapannya, gambar tersebut tidak akan kelihatan cantik, seperti yang dipaparkan dalam skrin komputer. Ini kerana printer tersebut tidak memperolehi cukup dots untuk menghasilkan gambar yang cantik dan jelas.
Perkara ini berpegang kepada teori “ when picture has fewer dots than the display device can support, the picture may not be as clear or sharp”.


         Ramai orang mengatakan bahawa DPI digunakan untuk mengukur kualiti sesuatu gambar atau imej dital. Adakah pendapat ini tepat? 
Hakikatnya, DPI TIDAK ADA KENA MENGENA DALAM MENENTUKAN KUALITI IMEJ/GAMBAR DIGITAL.

Menurut pemahaman saya dari penerangan yang disertakan di dalam case study ini, terdapat 4 faktor yang mempengaruhi kualiti sesuatu imej/gambar. Ianya adalah:

  1. The quality of recording device (camera’s optic and sensor, scanner sensor).
  2. The size (in pixels) of the digital image.
  3. The digital format it is stored in (lossless vs lossy comprehension) 
  4. The technical profiency and the ‘eye’ of the phptographer.
Terdapat juga faktor-faktor lain yang  mempengaruhi kualiti sesuatu gambar, tetapi 4 di atas adalah antara yang utama.

Kenapa gambar yang mempunyai 1000dpi, sama kualitinya dengan gambar yang mempunyai 10dpi semasa dipaparkan? 

Seperti yang telah dibincangkan tadi, dpi tidak berkaitan pun dengan kualiti paparan sesuatu gambar.

DPI digunakan apabila kita hendak mencetak sesuatu gambar. 
Namun ianya bergantung juga kepada jenis perisian yang digunakan. 
Perisian seperti WORD, DESKTOP PUBLISHING, ADOBE ILLUSTRATOR, COREL DRAW, DPI langsung tidak memberi apa-apa makna atau dengan kata lain dpi tidak diambil kira pun dalam menghasilkan gambar dari perisian2 ini. 
Kualiti gambar akan dipengaruhi oleh saiz pixel dalam gambar asal, pemilihan kertas untuk cetak imej yg terlibat dan juga kualiti pencetak itu sendiri.

Penerangan tentang konsep dpi ini akan bersambung di entry yang akan datang. Tunggu ye! (^_^)~



Manipulasi Gambar: Filter

Adobe photoshop juga menyediakan satu kemudahan yang dikenali sebagai pilter atau penuras. Filter ini mampu menghasilkan fail imej dengan pelbagai kesan khas mengikut kehendak pengguna. 

Lihat hasil yang telah saya lakukan seperti di bawah. 
Gambar 1: Gambar asal sebelum saya edit menggunakan filter.

Gambar 2: Gambar yang terhasil selepas saya edit ia menggunakan filter jenis Film Grain

Manipulasi Gambar: Clone Stamp

Ikon Clone Stamp tool merupakan antara kemudahan yang paling tepat digunakan bagi menghasilkan klon sesuatu objek atau imej. 
Dengan menggunakan kaedah ini, satu salinan pendua atau klon bagi objek yang diperlukan dapat dihasilkan secara lebih berkesan dan realistik. 


Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3: Payung terjun telah diklonkan di gambar kapal layar.
Menarik bukan? Anda boleh mencubanya sendiri (^_^)~

Manipulasi Gambar: Auto-align Layers

Salam kawan-kawan. Ish, lama juga tangan ni tak menaip something di blog ni. Rindu bukan tak rindu, tapi dek kerja yang banyak, tak tersempat nak masukkan entry baru.

Jadi hari ni, saya nak kongsikan antara hasil manipulasi imej yang telah berjaya saya hasilkan. 
Yang pertama menggunakan : Auto-Align Layer.
Apa auto-align layer boleh buat? Auto align layer boleh membantu kita semua dalam menggabungkan imej yang berlatar belakang sama, tapi subjek utama berlainan. Contohnya dalah seperti dua gambar di bawah:

Gambar 1

Gambar 2
Anda dapat lihatkan budak perempuan itu pada dua gambar yang berlainan? Jadi, saya gabungkan kedua-dua gambar ini menjadi 1 gambar. Hasilnya adalah seperti di bawah.
 

Haa, inilah hasil gambar yang berjaya digabungkan menggunakan auto-align layer. Menarik bukan? Anda boleh mencubanya sendiri. Selamat mencuba ye!

Sabtu, 19 Mac 2011

Manipulasi Gambar

Salam kawan-kawan. berjumpa lagi kita (^_^)
Kali ini, saya ingin kongsikan beberapa hasil gambar yang telah dimanipulasi menggunakan Adobe Photoshop.
Dalam latihan kali ini, saya menggunakan tiga tool yang terdapat di dalam photoshop, iaitu Marquee Tool, Lasso Tool, dan juga Magic Wand Tool
Setiap tool ini mempunyai fungsi dan tarikan yang tersendiri. 
Dengan adanya tiga gambar yang berbeza, saya gabungkan ianya menjadi satu gambar sahaja. 

Gambar-gambar tersebut adalah seperti berikut:




Dan setelah dimanipulasi, gambar yang tehasil adalah seperti di bawah. Seronok seronok..hik2~


Bersambung ke latihan yang seterusnya ..tunggu..(^_^)~