Sabtu, 19 Mac 2011

Manipulasi Gambar

Salam kawan-kawan. berjumpa lagi kita (^_^)
Kali ini, saya ingin kongsikan beberapa hasil gambar yang telah dimanipulasi menggunakan Adobe Photoshop.
Dalam latihan kali ini, saya menggunakan tiga tool yang terdapat di dalam photoshop, iaitu Marquee Tool, Lasso Tool, dan juga Magic Wand Tool
Setiap tool ini mempunyai fungsi dan tarikan yang tersendiri. 
Dengan adanya tiga gambar yang berbeza, saya gabungkan ianya menjadi satu gambar sahaja. 

Gambar-gambar tersebut adalah seperti berikut:




Dan setelah dimanipulasi, gambar yang tehasil adalah seperti di bawah. Seronok seronok..hik2~


Bersambung ke latihan yang seterusnya ..tunggu..(^_^)~

Selasa, 1 Mac 2011

Belajar lagi Photoshop

2 Mac'10 
Untuk kelas Photoshop hari ni, antara perkara yang dipelajari adalah bagaimana mengolah atau mengubah warna imej menggunakan fungsi hue/saturation.

Sebelum masuk kelas, suka untuk saya mencuba latihan yang Dr telah uploadkan di e-learning..(rajin secara tak sengaja..haha)

Ayuh lihat hasil dari saya (^_^)~

Saya ingin mengubah kot merah yang dipakai oleh budak kecil ini kepada warna lain. Bagaimana saya lakukannya?

1. saya buka imej ini di dalam photoshop.

2. dengan menggunakan Lasso tool, saya select keseluruhan kot budak ini.
 
3. Kemudian, dengan menggunakan hue/saturation, saya menukar warna kot tersebut kepada warna yang saya kehendaki. 




 Hasilnya...
jeng..jeng!!
Kot budak kecil ini kini berwarna hijau muda

Kot budak kecil ini kini berwarna merah jambu (pink)

 Menarik bukan? Anda boleh mencubanya sendiri..
Jumpa lagi (^_^)~

Pengenalan Kepada Photoshop

             Adobe Photoshop merupakan salah satu program aplikasi yang ditujukan untuk menyunting dan memanipulasi image (image-editing). Dengan Adobe Photoshop kita dengan mudah dapat  membuat dan menyunting image dengan kualiti yang tinggi yang siap untuk dicetak, ditempatkan di Website dan untuk keperluan lainnya. Adobe Photoshop merupakan program aplikasi pengolah image atau gambar Bitmap. Image atau gambar Bitmap yang sering disebut Raster, merupakan gambar yang dibentuk dari grid-grid warna. Grid ini adalah elemen asas dari sebuah image atau gambar yang disebut pixel atau picture elements
            
               Pada waktu kita menyunting image atau gambar, proses yang terjadi sebenarnya adalah kita hanya menyunting lokasi pixel-pixel ini. Gambar bitmap ini biasanya digunakan pada fotografi atau digital painting sehingga mode ini bergantung pada tingkat kepadatan (resolusi) grid pixel-nya. Semakin tinggi resolusi sebuah image atau gambar, maka pixel yang dikandungnya akan semakin banyak dan semakin rapat sehingga image atau gambar akan mempunyai detail yang lebih baik atau jelas. Namun perlu diperhatikan bahawa semakin besar resolusi sebuah image atau gambar akan menyebabkan ukuran filenya semakin besar. Adobe Photoshop mempunyai tiga mode warna yang digunakan, yaitu RGB, CMYK, dan index color. Struktur image atau gambar yang dihasilkan monitor dengan image atau gambar cetak mempunyai perbezaan. Skrin komputer atau monitor mempunyai elemen pembentukan warna Red, Green dan Blue (RGB), sedangkan warna yang dihasilkan oleh media cetak mempunyai empat kali proses pewarnaan yaitu Cyan, Magenta, Yellow, dan Black (CMYK).

Di  dalam kelas ini, kita akan menggunakan perisian Adobe Photoshop CS3. 


Untuk kelas minggu lepas, kami telah belajar tentang beberapa perkara asas sebagai permulaan menggunakan Adobe Photoshop ini. Antara topik yang kami pelajari adalah :
  1. image selection, size dan resolution
  2. tools yang terdapat dalam photoshop
  3. adjust brightness & contrast
Paparan untuk pengguna menetapkan saiz imej yang digunakan

Tool yang terdapat di dalam aplikasi ini adalah merupakna kemudahan yang disediakan buat pengguna. Semua tools yang terlibat diletakkan di toolbox. 







Toolbox disediakan bagi membolehkan kita memilih pelbagai fungsi seperti alat pemadam, alat pengabur, alat penajam, alat penerang, alat penyala, membuat pilihan warna, membuat mask, menulis, membentuk, dan mewarna. Kemudahan-kemudahan ini digabungkan dengan Brushes iaitu alat untuk memberus dan Palettes iaitu alat untuk mengesan dan mengubah sesuatu imej secara digital.








Dalam pada itu, kami juga mempelajari cara untuk mengubai suai brightness sesuatu imej.

Hasil yang dapat saya lakukan adalah seperti yang ditunjukkan di bawah.

Gambar berikut adalah gambar daun yang agak malap. Saya mengambil gambar selepas hujan, keadaan agak mendung.

Gambar asal yang malap

Gambar setelah diedit brightnya ke +41

Gambar ini di edit dengan menggunkan Auto Contrast

Gambar ini diedit dengan Auto Color

Justeru, begitulah sedikit sebanyak apa yang dapat dipelajari dalam kelas minggu lepas. Jumpa lagi ya! (^_^)~

Aktiviti Kelas : Ke Tasik UTM

Ha, hari  ni 16 Feb, kami sekelas keluar ke Tasik UTM. Kira-kiranya inilah aktiviti kelas terakhir dalam bab fotografi. Berbekalkan DSLR di tangan masing-masing, kami dikehendaki merakamkan gambar yang mempunyai unsur :

Balance
Framing
Simplicity
Rules of Third
dan juga Lines

dan inilah hasil yang sempat dirakamkan..



Framing
Simplicity

Balance

Lines

Lines

Rules of Third
Dalam pada itu, sempat juga saya dan Ieja mencuba-cuba untuk mendapatkan gambar shutter speed yang dah lama nak dibuat tapi tak pernahnya berhasil..

Ieja kata teori A, saya kata teori B..
Saya kata teori B, Ieja kata teori A..
Ok takpe, kita cuba..
Hmm..siapa yang salah?
Takda yang salah, dua2 betul..haha..
Dan inilah hasil awal yang sempat dirakamkan..
Kira jadila untuk percubaan kali ni..(^_^)~

Gambar SS 1 dan SS 2 di bawah menggunakan fast shutter speed, di mana ianya akan memegunkan objek yang bergerak.


Gambar SS 1

Gambar SS 2
Untuk Gambar SS 3, SS 4 dan SS 5, ianya agak dramatik. Objek bergerak dipegunkan, dan latar belakangnya dikaburkan. Bagaimana nak dapatkan? Gunakan slow shutter speed dan capture gambar sambil mengikut pergerakan objek. Teknik ini dipanggil 'panning'

Gambar SS 3

Gambar SS 4

Gambar SS 5
Sekejap je masa berlalu. Dah habis dah bab fotografi dalam kelas. Minggu hadapan, kami masuk pula bab Adobe Photoshop, belajar semula di lab. Jadi gambar-gambar yang tak jadi tu, usah dibuang ye..kita ada photoshop untuk cantikkan ia..
Ok..jumpa lagi! (^_^)~