Rabu, 26 Januari 2011

Latih tubi bersama En.Fuad

Wah, bunyi macam nak ambik exam je gayanya..taklah, ni latih tubi ambil gambar lah..(^_~)..
Semalam, spend dalam 2 jam belajar ambik gambar dengan En.Fuad. Sabar betul En.Fuad mengajar saya, Eija, Daa, dan kak Parames. Maklumlah, kami ni semua baru-baru, Macam-macam nak ditanya..Macam-macam juga ilmu yang En.Fuad ajar, antaranya cara fokus subjek yang kita nak ambil, komposisi, macamana main dengan setting kamera, dan lain-lain.
Then, En.Fuad bagi masa sikit untuk kami snap gambar-gambar kat luar. Dan, inilah hasil dari saya. Cuba tengok, ada improvement tak? (",)

Gambar 1

Gambar 2

Dan hari ni, kelas berjalan seperti biasa bersama Dr.Zaidatun, juga dibuat di studio seperti minggu yang lalu. Fuh, ada pop kuiz lagi tuh! Terkejut semua..tapi soalannya mudah je. Bagus juga Dr buat pop kuiz, mengukuhkan lagi ingatan saya tentang apa yang dibelajar. Kemudian, aktiviti luar kelas. Dr minta kami semua ambil gambar ikut dua situasi iaitu :
i) Small apature dan wide apature
ii) Short shutter dan long shutter
Dan antara gambar yang saya berjaya ambil.. 

Gambar wide apature (F/5.6)

Gambar small apature (F/36)
 Tapi, untuk gambar shutter speed, saya tak berjaya mengambilnya..akan cuba dan terus mencuba. Jumpa lagi dengan gambar-gambar baru yang akan datang ye! (^_^)~

Ahad, 23 Januari 2011

ISO

Aik, kamera pun ada ISO?..ni bukan ISO standard tu lah..Dalam konteks kamera, ISO mewakili tahap kesensitifan camera pada cahaya. Ianya diukur dalam nombor 100, 200, 400 dan seterusnya.

ISO rendah biasanya digunakan semasa kita merakam objek atau subjek yang mempunyai cahaya persekitaran yang terang (bright ambient light). Manakala ISO yang tinggi pula digunakan dalam persekitaran yang suram atau kelam pencahayaannya atau semasa kita hendak menggambar objek yang bergerak laju. Namun begitu, imej kita akan tereffect oleh noise yang akan menjejaskan kualiti imej. Noise yang dimaksudkan ialah kemunculan bintik-bintik kecil pada gambar. Ini yang akan menjatuhkan kualiti imej yang telah dicapture.
 
Butang untuk kawalan ISO
Nilai ISO 400

Jumpa lagi! (^_^)~

Khamis, 20 Januari 2011

Pengalaman Pertama

Kelas semalam (19 Januari ) berjalan seperti biasa, cuma kami tidak belajar di dalam makmal seperti selalunya, tetapi di bilik fotografi..wah, menarik..menarik..
Lepas Dr bagi lecture dalam 40 minit, kami semua buat aktiviti outdoor. Apalagi kalau bukan snap gambar keliling-keliling yang ada..Semalam la menjadi hari pertama saya memegang kamera jenis DSLR D3000. 

Huh, pening juga belajar teorinya, maklumlah orang baru seperti saya, baru nak berjinak-jinak dengan ilmu fotografi..tapi yang seronoknya, kami semua berpeluang menggunakan kamera DSLR, setiap orang dapat satu. Dapat? hehe, pinjam lah..

Dalam 40 minit pusing-pusing sekitar fakulti, dapatlah tangkap beberapa gambar. Aduhai..konon nak buat bokeh, tapi tak jadi-jadi..Kena pandai main setting bak kata Dr, dan En.Fuad selaku pegawai fotografi yang membantu kami semalam. 

Kat bawah ni, adalah antara hasil gambar yang saya capture. Memang tak cantik tau..kui kui..
Tunggu dari semasa ke semasa, insyaAllah akan ada kemajuan pada hasil gambar yang dicapture nanti (^_^)...

Gambar-gambar ni kononnya nak buat bokeh, tapi sememangnya tidak menjadi..aduhai..

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4 ni, niatnya nak nampak semut-semut yang tengah jalan atas daun tu, tapi tak jadi kan? haha..takpe, teruskan belajar ye jai..

Jadi kawan-kawan yang masih beginer macam saya ni, ayuh teruskan belajar!! Muga hebat semuanya di akhir kelas ini..ameen~

Selasa, 18 Januari 2011

Apa pula APERTURE?

Uish, macam-macam pula istilah dalam fotografi nih...dah 24 tahun hidup, baru ni lah dengar..aduhai..
Aperture.. temperature ke? aish, bukan2..jauh benar maksudnya tu..
Hasil dari pembacaan,  aperture ni sebenarnya merupakan bukaan lens kamera kepada cahaya. Secara dasarnya, semakin besar bukaan lens semakin banyak cahaya yang akan memasuki kamera. Kemudian, nilai bagi setiap bukaan lens dikenali sebagai f-number.
Kadar bukaan lens pada f/1.4 adalah paling besar manakala 
kadar pada f/16 adalah bukaan lens paling kecil
Formulanya, "semakin besar nilai f-number, semakin kecil bukaan lens" ..
Itulah dia Aperture..

Tapi kenapa perlu tahu Aperture?
Menurut mereka yang pakar dalam bidang ni, kita perlu tahu mengawal aperture bagi mengelakkan gambar yang kita ambil mengalami masalah overexpose (terlebih cahaya) atau underexpose (kurang cahaya). 

Faham semua? ewah..
nanti praktikalnya kita belajarlah di kelas. Saya pun banyak nak kena belajar nih..Jumpa di kelas ya! (^_^)~ 

Apa itu BOKEH?

Hmm..apa tu Bokeh? Boleh selalu la dengar..
Cari-cari dan baca, boleh dikatakan Bokeh ini adalah satu istilah dalam fotografi yang merujuk kepada kabur(blur) pada gambar. Kabur ini adalah disebabkan oleh kawasan yang berada di luar titik fokus yang dihasilkan oleh lensa kamera. Perkataan Bokeh ini berasal dari Jepun.

Macam mana nak dapatkan bokeh?
Kalau ikut teorinya, cara mudah ialah gunakan lens yang mempunyai aperture besar seperti F1.4 – F2.8. Atau satu lagi kaedah adalah dengan menggunakan jarak, pastikan subjek dan latar belakang ada jauh akan menghasilkan bokeh.

Contoh gambar Bokeh.

Hu, hari ni belajar luar kelas. Ambik gambar sana-sini...Tak sabarnye!!!! best-best!! Jom kita ramai-ramai belajar teknik dapatkan gambar bokeh..yeah!

Perbincangan Case Study

Should you buy a DSLR or Point and Shoot Digital Camera?
Siti Noor Photo has registered a short course on photography and she has decided to purchase a digital camera for the course. She already has the Point and Shoot Digital camera and now she is in dilemma whether she should buy the Digital Single‐ Lens Reflex (DSLR) camera. Followings is her thought “I’m using a compact point and shoot digital camera and i would like to ask it is worth it to upgrade to a DSLR camera? How huge a difference do DSLR cameras make compared to compact point and shoot digital camera? What matters the most when buying a digital camera? Is it the image quality, the brand name or the features offered by the camera?.... Oh friends… please assist me on this…”



Dalam perbincangan Case Study ini, adalah lebih baik untuk kita semua tahu akan apa itu DSLR sebenarnya, kemudian kita kenalpasti kelebihan yang ada pada DSLR kamera ini, justeru bolehlah membantu Siti dalam membuat keputusan.

Apa itu DSLR?
Kamera DSLR atau disebut juga sebagai SLR (Singel Lens Reflex) adalah kamera yang dapat memungkinkan seorang fotografer untuk dapat melihat objek melalui kamera, sama seperti apa yang dilihat melalui pandangan mata kasar. Imbuhan “D” pada DSLR adalah kerana SLR memiliki versi digital. Kamera SLR terbahagai kepada dua jenis iaitu analog dan digital. Kamera SLR analog adalah kamera model pertama yang media penggunanya masih menggunakan filem atau klise, sedangkan kamera SLR digital adalah kamera model sekarang yang mana penggunanya tidak lagi menggunakan filem atau klise tetapi menggunakan memory card.


Kelebihan Kamera DSLR

Kualiti Gambar
Kerana sensor DSLR lebih besar, kualiti hasil gambar yang ditangkap adalah jauh lebih bagus berbanding point shoot camera.

Lensa yang fleksibel
Lensa DSLR begitu fleksible, dan boleh ditukar mengikut kehendak pengguna dan kesesuaian. DSLR juga mempunyai lensa yang pelbagai, sesuai dengan hasil gambar yang dikehendaki oleh pengguna.

Kepantasan
DSLR lebih cepat dalam soal kepantasan menangkap gambar, dengan adanya fungsi start up, dan juga shutter lag (ruang antara waktu menekan punat capture sehingga gambar tersimpan).

Viewfinder Optic
Dengan viewfinder optic, apa yang terlihat di viewfinder akan bertepatan dengan gambar yang dirakam.
 
ISO
Setting ISO (tahap kepekaan sensor kepada cahaya) adalah lebih luas berbanding kamera point and shoot. Ianya fleksible, boleh disetting mengikut keadaan cahaya di sesuatu tempat. Malah DSLR masih boleh digunakan di tempat yang minimum cahayanya.
 
Manual Control
Manual control pada DSLR adalah lebih fleksible dan mudah digunakan oleh pengguna.
 
Nilai
Dari sudut nilai, DSLR dipandang lebih bernilai berbanding kamera point anh shoot kerana kebolehannya yang pelbagai.

Ruang Ketajaman
Ianya juga disebut sebagai depth of field. Dengan DSLR, ruang ketajaman objek foto boleh diatur dengan baik. Dengan ciri  ini, pengguna boleh membuat pelbagai efek pada hasil gambar seperti objek jelas, tetapi latar belakangnya kabur. 

Perbincangan ini melibatkan pelbagai pendapat dari kawan-kawan yang lain, namun hasil perbincangan di akhir kelas bersama Prof, boleh disimpulkan pelbagai pandangan tadi kepada 4 jawapan utama. Yup, Siti perlu bertukar dari SDR ke DSLR kerana DSLR melebihi SDR dari beberapa aspek utama iaitu :
i) Quality of Image
ii) Tangible lense
iii) Depth of field (greater)
iv) Composition (upgrade composition).

Justeru Siti, anda tak perlu pening-pening lagi ya..kami sudah pun membantu anda (^_^)~

Isnin, 10 Januari 2011

Apa Itu Shutter Speed

Bagi mereka yang baru nak belajar..termasuklah saya (^_^)
 
Shutter speed bermakna sebanyak mana cahaya memasuki kamera mengikut kadar masa atau kelajuannya. Kelajuan yg pantas akan membenarkan sedikit cahaya memasuki kamera dan boleh memberhentikan atau mengkakukan sesuatu pergerakan. Kelajuan yang lemah atau kurang, akan mendedahkan lebih banyak cahaya. Tapi ia tidak sesuai utk mengkakukan sesuatu pergerakan kerana kelajuan itu akan mengaburkan pergerakan objek tersebut. Sekiranya anda mahu memberhentikan larian seorang atlit, penunggang basikal atau apa saja objek yg bergerak, gunakan kelajuan yg pantas atau tinggi seperti 1/500 atau 1/1000 saat. Kelajuan pantas sebegini juga boleh membekukan percikan air atau kereta F1 di atas trek. Sebaliknya jika mahukan kesan khas pada gambar anda, gunakan kelajuan yg rendah seperti 1/50 atau 1/30 dan seterusnya. Kelajuan perlahan juga sesuai utk melakukan kaedah "panning", dengan mengambil gambar mengikut arah pergerakan subjek. Ia juga sesuai untuk mengambil gambar di waktu senja atau malam.
Perkongsian dari : http://rahsiafotografi.blogspot.com

Sabtu, 8 Januari 2011

Selongkar Foto


Kevin Carter, seorang fotografi terkenal telah berangkat ke Sudan dengan niat untuk mengambil foto berkaitan pemberontakan yang sedang berlaku. Namun setelah sampai di sana, keadaan mangsa-mangsa korban lebih menarik minat beliau. Sedang dalam perjalanan, beliau terjumpa seorang budak perempuan yang sedang merangkak kesusahan menuju ke pusat bantuan makanan. Budak kecil itu berhenti seketika bagi mengumpul energinya. Dalam pada masa yang sama, seekor burung hering hadir dan menunggu budak itu agar boleh dijadikan mangsanya. Foto ini berjaya dirakamkan oleh Kevin Carter dan pertamanya dimuatkan di dalam New York Times. Lantas dari itu, reaksi dan suara keras timbul mengkritik tindakan Carter yang tidak menolong budak perempuan itu. Carter telah menjelaskan yang beliau telah bertindak menghalang burung hering tersebut dari kawasan itu, namun beliau tidak menolong budak kecil itu kerana norma atau perjanjian photographer yang tidak boleh masuk campur  dalam konflik –konflik yang sedang berlaku. Kontroversi terus melanda Carter biar pun dia sebenarnya menerima penghargaan Pulitzer atas karyanya ini. Pada 27 Julai 1994, berita mengejutkan masyarakat apabila Carter ditemui mati akibat tindakannya membunuh diri dengan mengalirkan gas Karbon Monoksida (CO) dari ekzos kereta ke ruangan biliknya. Carter  meninggalkan catatan yang menyatakan bahawa beliau menyesal dan berasa begitu sedih kerana tidak membantu budak kecil yang ditemui itu, selain tertekan dengan hutang dan amat sedih dengan kematian sahabat baiknya yang telah mati tertembak. Beliau pergi pada usia 33 tahun.

Disusun semula oleh : Hajar

Course Synopsis

This course gives exposures on theories and skills of design and production of visual static media. Besides the conventional methods to produce visual-based materials, this course will be focused more on the use of a digital camera and computer to produce quality of images. Several photography techniques, approaches in developing of digital images, and image manipulation techniques will be shared in this course to produce excellent and quality images. Using the digital images, students will develop a complete package of teaching and learning materials based on visual as a medium. The package will be tested and evaluated by a group of target users.