Rabu, 6 April 2011

Perbincangan Case Study II : The Horrible DPI Mistake Part 1

Case Study 2:
Ini senario yang diberikan - "A print shop/graphics designer/magazine asks a client for a photo at 300 dpi. They wish to print it out 7" x 5". The client already has a beautiful digital photo with pixel dimension of 2048 x 1536. The client notices that the photo editing software is showing that the photo is set to 72 dpi. So, following orders, the client types in 300 to reset the dpi to 300. In doing so the image is resampled and is enlarged over 4 times to pixel dimensions of 8533 x 6400. The client sends this enlarged 300 dpi photo. The print shop/graphics designer/magazine rejects it (too grainy, too colour blotched). The client is crushed.

The sad thing is that the client already had the perfect photo (2048 x 1536 @ 72 dpi) which would have been beautifully printed at 7" x 5" ( at 292.6 PPI). The print shop / graphics designer /magazine didn't know what they really wanted. - READ WHAT PRINT SHOP REALLY WANT and the client didn't know how to change the DPI without resizing the image to give the print shop what they mistakenly think they need - READ HOW TO CHANGE THE DPI".

"Hmm..kalau saya pun bengang..haha.."

Ok,ayuh kita bincangkan bersama akan perkara ini.. 

Apa itu resolution?
Resolution ni sebenarnya merujuk kepada titik-titik kecil dakwat, atau piksel yang membina sesuatu gambar, samada ianya pada paparan pada skrin komputer, ataupun pada gambar yang telah dicetak.
DPI adalah singkatan bagi istilah dots per inch. Istilah dpi ini juga sangat familiar dengan printer, scanner atau digital camera yang mana resolution pada ketiga-ketiga barang ini turut dipanggil DPI.

Apa nama lain selain dots?
Ada juga istilah lain yang digunakan untuk mewakili resolusi. Antaranya:
  1. PPI iaitu pixel per inch
  2. SPI iaitu sampel per inch
  3. LPI iaitu Lines per inch
Dalam case study yang diberikan oleh Dr, ianya cuba membawa kita untuk memahami resolution dalam konteks dots. 

  • Samada gambar dicetak atau dipaparkan pada skrin komputer, gambar tersebut sebenarnya terbina dari titik-titik yang halus dan kecil.
  • Terdapat dots yang berwarna, dan terdapat juga dots yang berwarna hitam sahaja. Dalam cetakan warna hitam putih, saiz dan bentuk dots hitam itu, juga karak di antara setiap satu dots hitam itu, akan menghasilkan kabur.
  • Lebih banyak dot-dot kecil yang terlibat dalam satu ruang, lebih jelas gambar tersebut.
  • Lebih banyak dot-dot dalam sesuatu gambar, lebih besar saiz failnya.
  • Resolusi diukur dengan jumlah dots pada menegak atau melintang pada sesuatu gambar itu.
  • Setiap pekakas seperti scanner, digital camera, printer, atau monitor komputer, ianya mempunyai jumlah dots yang maximum, dan mampu untuk proses atau memaparkan sesuatu gambar tanpa mengambil kira berapa banyak dots yang terdapat dalam gambar tersebut.
 
Daripada case study ini juga, ada diberikan 2 contoh sistuasi berkaitan DPI.

Contoh pertama:

Seorang photographer ada 300dpi laser printer. Dia scan gambar yang dia ada dengan dua jenis dpi. Gambar pertama dia print dengan 300 dpi. Gambar kedua dia print dengan 600 dpi. Adakah hasil gambar yang discan adalah sama atau berbeza?

Jawapannya SAMA. Ianya berpegang kepada teori “When a picture has more dots than the display device can support, those dots are wasted. They increased the file size, but don’t improve the printing or display of the picture. The resolution is too high for that device”.

Contoh kedua: gambar pada web selalunya mempunyai 72dpi, kerana resolution tersebut adalah biasa untuk paparan pada monitor komputer. Jika gambar tersebut dicetak menggunakan 600dpi printer,apa akan jadi pada gambar tersebut?

Jawapannya, gambar tersebut tidak akan kelihatan cantik, seperti yang dipaparkan dalam skrin komputer. Ini kerana printer tersebut tidak memperolehi cukup dots untuk menghasilkan gambar yang cantik dan jelas.
Perkara ini berpegang kepada teori “ when picture has fewer dots than the display device can support, the picture may not be as clear or sharp”.


         Ramai orang mengatakan bahawa DPI digunakan untuk mengukur kualiti sesuatu gambar atau imej dital. Adakah pendapat ini tepat? 
Hakikatnya, DPI TIDAK ADA KENA MENGENA DALAM MENENTUKAN KUALITI IMEJ/GAMBAR DIGITAL.

Menurut pemahaman saya dari penerangan yang disertakan di dalam case study ini, terdapat 4 faktor yang mempengaruhi kualiti sesuatu imej/gambar. Ianya adalah:

  1. The quality of recording device (camera’s optic and sensor, scanner sensor).
  2. The size (in pixels) of the digital image.
  3. The digital format it is stored in (lossless vs lossy comprehension) 
  4. The technical profiency and the ‘eye’ of the phptographer.
Terdapat juga faktor-faktor lain yang  mempengaruhi kualiti sesuatu gambar, tetapi 4 di atas adalah antara yang utama.

Kenapa gambar yang mempunyai 1000dpi, sama kualitinya dengan gambar yang mempunyai 10dpi semasa dipaparkan? 

Seperti yang telah dibincangkan tadi, dpi tidak berkaitan pun dengan kualiti paparan sesuatu gambar.

DPI digunakan apabila kita hendak mencetak sesuatu gambar. 
Namun ianya bergantung juga kepada jenis perisian yang digunakan. 
Perisian seperti WORD, DESKTOP PUBLISHING, ADOBE ILLUSTRATOR, COREL DRAW, DPI langsung tidak memberi apa-apa makna atau dengan kata lain dpi tidak diambil kira pun dalam menghasilkan gambar dari perisian2 ini. 
Kualiti gambar akan dipengaruhi oleh saiz pixel dalam gambar asal, pemilihan kertas untuk cetak imej yg terlibat dan juga kualiti pencetak itu sendiri.

Penerangan tentang konsep dpi ini akan bersambung di entry yang akan datang. Tunggu ye! (^_^)~



2 ulasan:

  1. pinjm mslh kat atas tuu .. i letk kat blog..ha3

    BalasPadam
  2. pinjam kena pulang Ehan..haha..
    it's ok. u may take it dear (^_^)~

    BalasPadam